Sunday, November 2, 2008

Multi-tasking and overheating

Ya Allah ... badan rasa macam nak sakit. Dah berbulan rasanya tak sakit, tetapi kali ini rasanya macam nak sakit.

Penggal 4 memang paling mencabar. Ujian 4, kemudian Prelims STE, ulangkaji sebelum peperiksaan, kertas soalan akhir tahun, semak, entah apa lagi yang perlu dibuat saya sampai tak ingat. Walaupun demikian, saya rasa saya sudah ada sistem 'auto mode' ... buat perkara tanpa emosi ... buat, buat, salah, senyum buat semula ... kena marah, senyum buat semula ... habis, senyum buat yang lain. Otak betul-betul dirangsang kadangkala sampai tengah malam terbangun dan terfikir tentang perkara-perkara yang perlu diselesaikan.

Sarah sudah mula sembuh. Aufa tidak menjangkit pula penyakit campak kakaknya, walaupun mereka bermain setiap hari bersama.

Sebelum peperiksaan, saya telah mendapat berita diberi tugasan yang amat berat ... tak sangka saya diberi tanggungjawab untuk melaksanakannya. Terima kasih bagi mereka yang mempercayai. Sekarang sambil menyemak, saya kumpulkan idea untuk projek saya yang seterusnya...

Bukan itu sahaja projek yang saya sudah rancangkan ... itu projek sekolah. Saya dalam proses untuk memulakan sebuah projek menghias rumah saya ...

Cakap fasal projek, teringat pelajar ... kata mereka, kertas BM mudah ... saya harap, semaknya pun mudah ... tetapi kertas Geografi susah ...

Saya doakan semua lulus dengan cemerlang .... doakan saya juga lulus dengan cemerlang dalam apa yang saya usahakan.