Tuesday, March 31, 2009

Gunung Berapi


Walaupun saya kelihatan sebagai orang yang tenang, sebenarnya saya seorang yang panas baran. Nampaknya serpihan daripada ledakan gunung berapi sudah terkena beberapa kelas! Habis mereka dimarahi saya.
Memang perkara yang saya pantang ialah sikap tidak berdisiplin. Ternyata, beberapa pelajar mula menunjukkan sikap biadab di kelas. Sayang seribu kali sayang ... sebab nila setitik, hangus susu sebelanga!
Kalau tidak mahu belajar, janganlah ganggu pelajar yang ingin menimba ilmu.

Wednesday, March 18, 2009

Cuti

Cuti sekolah bulan Mac memang amat saya nantikan. Berbeza dengan sekolah pemerintah, di madrasah, kami perlu datang kembali selama 2 hari. Hari Isnin dan Selasa saya telah ke sekolah. Sempat juga saya menyemak buku-buku dan latihan-latihan pelajar yang tertunggak. Saya juga rasa amat penat ... dari segi fisikal dan mental ... perlu berehat rasanya.

Hari Selasa pula saya mendapat tugasan untuk Open House P1. Hai ... sebenarnya saya berniat hendak melakukan assignment saya pada waktu percutian ini. Nampaknya terganggu sedikit rancangan saya.

Cuti ini seperti cuti-cuti yang lalu, saya akan ke rumah ayah dan ibu di Johor. Saya akan membersihkan dan menjaga kawasan rumah tersebut. Ayah telah amanahkan tugas itu kepada saya.

Semalam saya sempat ke Mustafa dengan Mr Muneer untuk membeli barang-barang first aid. Selepas itu, kami telah mengemas sick bay dan menyediakannya bagi pembukaan penggal 2. Maklumlah, ramai yang sakit dan tercedera.

Sarah sudah dapat keputusan CA1nya. Alhamdulillah, keputusannya amat memuaskan. Saya lihat dia betul-betul cenderung untuk mengulang kaji. Kami tidak paksa, cuma beri motivasi. Dia sendiri buat buku latihan sampai malam! Aufa pula suka membaca buku. Alhamdulillah. Saya tahu di peringkat primari, mudah untuk pelajar bermotivasi untuk belajar. Saya harap semangat ini akan terus bersama mereka hingga ke akhir hayat!

Kelas S3 Cordova sekarang nampak lebih positif. Sikap ramai pelajar lebih baik setelah sesi 'luahan hati' yang dilalukan beberapa minggu yang lalu. Cuma, ada segelintir pelajar yang masih nampak sukar berubah. Mereka masih bising di kelas dan mengganggu proses pembelajaran yang lain. Teringat kata-kata salah seorang guru saya ....

Katanya, "Kita boleh sedaya upaya mengajar dan memberi sokongan pada pelajar, tetapi sikap dan perangai mereka akan menentukan masa hadapan mereka. Jika semua orang jadi doktor, peguam dan guru, siapa yang nak buat kerja-kerja seperti pembersih dan operator di kilang?" Saya amat setuju dengan pandangan guru saya ini. Walaupun agak tajam kata-kata itu, tetapi ada kebenarannya. Bukan saya berniat pandang rendah terhadap tugas-tugas tadi. Saya paling marah jika pelajar diberi nasihat kemudian tidak mahu mendengarnya tetapi kembali menyesal beberapa tahun kemudian. Rasanya ramai pelajar hanya akan sedar setelah menempuhi pengalaman yang pahit.

Kepada bakal minah kilang dan pembersih kolong blok di kelas saya, saya harap kamu dapat berubah demi masa hadapan kamu...

Sunday, March 8, 2009

Sickety Sick

Salam, sudah agak lama saya tidak kemas kinikan blog ini. Maklumlah, sekarang tugasan bagi kursus diploma bertubi-tubi ...
Tahun ini, saya kerap jatuh sakit. Puncanya mungkin ... a) ramai orang jatuh sakit lalu penyakit itu merebak b) tertekan akibat pekerjaan c) kurang rehat ... sekarang ini saya rasa seperti akan jatuh sakit lagi .... selesema .... ini sudah masuk kali ketiga!
Sarah dan Aufa kini sudah ke sekolah. Sarah pula banyak kerja rumah. Hampir setiap hari ada kerja rumah. Nasib baik dia ghairah hendak melakukannya. Cuma selalunya habis semua tugas sekitar jam 10-11 malam. Waktu bekerja saya pula tamat jam 4 petang. Selepas itu selalunya saya kerja tambahan dengan mengadakan tuisyen. Maklumlah, gaji guru madrasah teramat kecil... bukan saya tidak bersyukur ... namun, dengan keadaan ekonomi dan keperluan dalam konteks masyarakat Singapura, saya rasa tiada siapa yang berani berkongsi dengan masyarakat tangga gaji guru madrasah ... mengapa agaknya? Hmmmm....
Baru-baru ini, pelajar kelas saya, menengah 3 Cordova telah mengadakan persembahan Bahasa Arab. Nampaknya ok juga, walaupun ada yang agak malu. Petangnya pula, sewaktu contact time, saya bersama para pelajar kelas tersebut telah mengadakan satu sesi 'dari hati ke hati'... ternyata semua pelajar positif dan mahu menjadi insan yang lebih baik. Alhamdulillah. Insya Allah dengan doa dan kerjasama, kelas akan menjadi aman dan makmur! Amin!