Wednesday, June 24, 2009

Tenang

Sekolah sudah hampir dibuka. Tekanan sudah mula dirasai. Masalah H1N1 semakin merebak. Haflah, karnival, CA, dan macam-macam lagi.
Semalam sempat saya dan Cikgu Zul ke Johor. Mcm pelesit kami pecut selepas sekolah. Nak membeli-belah, tak ada duit. Jadi kami makan kemudian beli benda-benda yang perlu sahaja.
Lain kali kami akan ke sana lagi. Kali ini, nak ajak geng-geng guru lelaki buat barbeku di rumah Papa & Mama. Bila .... entah tak tahu bila!!!!

Saturday, June 6, 2009

Masa Yang Ditunggu-tunggu...

Cuti sudah tiba. Saya tidak kemas kinikan blog ini selama beberapa bulan. Maklumlah, sibuk dengan persiapan peperiksaan. Selain itu, kursus diploma pendidikan juga hampir tamat. Setiap modul, ada sahaja tugasan yang diberi. Sebenarnya susah juga untuk belajar sambil bekerja. Perlu layan sekolah, pelajar, buat tugasan dan bacaan, di samping menjalankan tanggungjawab keluarga.

Sebelum cuti tiba, saya telah menjalankan perkhidmatan negara saya. Kali ini, saya amat gembira dengan pengalaman saya bertugas. Jumpa semula rakan-rakan lama. Tiada masalah untuk kerjasama sebab sudah saling faham. Mungkin juga saya rasa gembira sebab kurang tekanan (tugasan diploma dan proses selepas peperiksaan) ... eskapisme! Haaahah!

Setelah setengah tahun mengajar, saya dapat melihat perubahan sikap dalam diri mereka. Ramai lebih positif tetapi ada sebuah kelas yang dulu nampak menarik diajar, tiba-tiba hambar. Ramai yang kurang fokus. Saya rasa, mereka masih belum sedar tentang kepentingan pendidikan.

Pos tentang gunung berapi menyebabkan ramai pelajar memohon maaf. Rasanya yang selalu rasa bersalah, sebenarnya tidak bersalah ... hahahha! Tetapi, paling penting ialah mereka ini muhasabah diri dan ingin membaiki diri mereka. Insya Allah, sikap ini amat penting dalam mencapai cita-cita masing-masing.

Keputusan peperiksaan boleh tahan. Saya telah meneliti kertas peperiksaan. Saya rasa kebolehan mengarang dan kesedaran tentang struktur ayat yang baik belum mantap. Ini akan menjadi tumpuan saya pada semester 2.

Sebelum percutian tiba, saya telah berjanji untuk memberikan sepenuh perhatian pada dua orang pelajar yang paling penting ... iaitu anak-anak saya.
Pos hip-hop, yo!

Sebagai guru, kadang-kadang dilemanya, banyak perhatian diberikan kepada pelajar sehinggakan anak sendiri terbengkalai. Takut juga kalau perkara ini berlaku! Namun, saya telah bertekad untuk ajak mereka bermain sepuas-puasnya. Ada masa sahaja, kami akan keluar bersama meluangkan masa.

Kadang-kadang hidup penuh ironi. Saya tidak mahu ironi membimbing anak orang, terabai anak sendiri menghantui diri saya... maklumlah, satu hari nanti, mereka pula akan memberikan perhatian mereka kepada saya...