Saturday, January 24, 2009

Andalusia, Bukhara, Cordova

Tahun ini, saya form teacher Men 3 Cordova. Semua pelajar di dalam kelas itu pelajar wanita. Sesetengah daripada mereka pernah saya ajar pada tahun lalu.

Nampaknya kelas tersebut ada banyak pelajar yang bertanggungjawab dan bijak. Cuma kelas pelajar wanita ini perlulah saya lebih prihatin tentang apa yang saya katakan. Mereka mudah tersinggung - sentimental! Tapi saya harap dapat membantu menjadikan kelas ini sebuah kelas yang bersatu dan cemerlang.

Saya juga mengajar kelas men 2 dan 3. Mereka semua berpotensi. Ramai yang rajin dan berminat dalam kelas bahasa Melayu. Ini membuatkan mengajar lebih mudah.

Saya sedang mencuba kaedah bermain dalam belajar. Ini satu kaedah yang bukan baharu tetapi modifikasi daripada pelbagai kaedah yang saya pelajari. Nampaknya percubaan tahun lalu agak berkesan. Dua objektif asal daripada kaedah ini tercapai - 1) Menjadikan pelajar lebih berdisiplin ketika belajar 2) menimbulkan minat dalam BM.

Dip Ed .... Iron Ladies!

Salam,

Kursus Dip Ed kali ini diajar oleh dua orang penceramah wanita yang tidak asing bagi saya. Satu Dr Roksana dan satu lagi Cikgu Saeda. Dr Roksana mengajar modul Teaching and Learning of Malay Language dan Cikgu Saeda pula mengajar bahagian Assessment.

Cikgu Saeda memang pakar dalam bidang Assessment. Soalan yang kami siapkan untuk dinilaikan, beliau 'cincang-cincang sampai hancur'. Mesti ada yang salah dalam proses membuat soalan. Dalam banyak-banyak kumpulan, cuma satu kumpulan yang selamat! Beliau begitu teliti sekali. Maklumlah, itu memang tugas beliau. Saya pula takut sebab kerap ditanya soalan berdasarkan Bahasa Melayu. Ust Mus kena jawab soalan bahasa Arab. Jawabnya kami berdua macam pelajar kegemaran beliau. Asyik kena tanya. Kami pula suka bergurau. Memang patut kena soal! Tapi ada juga hikmahnya. Saya mengulangkaji kembali bahan-bahan BM dengan lebih kerap supaya boleh jawab soalan-soalan yang bakal diberi.

Dr Roksana pula pakar dalam bidang sosiolinguistik. Saya memang minat dalam bidang tersebut (linguistik). Ketika di kelas, saya dapat memahami apa yang diajar Dr Roksana. Morfem, Fono Morfologi, diftong, vokal, konsonan ... memberikan saya pemahaman yang lebih dalam bidang BM. Tetapi kasihan juga rakan-rakan yang lain. Ramai yang tidak mengajar BM. Pening kepala mereka.
Perkataan kegemaran saya dan Ust Mus ialah Hiponim. Bunyinya macam Hippo! Sebenarnya Hiponim ialah perkataan yang dianggap lebih khusus, yang jatuh di bawah kelas nama yang umum. Contoh .... merah, kuning, hijau .... semua hiponim bagi warna! Jadi Hiponim = hijau kuning merah dll. Warna pula ialah Hipernim! Pening??? Saya pun sama!

Tugasan Dr Banu belum lagi saya habis.... tapi saya dapati semangat saya untuk membaca amat ketara sekarang berbanding sebelum ini. Saya muat turun dan membaca beberapa jurnal dan kertas kajian berkenaan 'field trip (darmawisata). Saya rasa saya mungkin seorang 'late bloomer'. Di sekolah saya tidak begitu cemerlang. Sekarang semua saya dapat fahami dengan lebih mudah. Entahlah .... tapi saya berharap selepas kursus dip ed ini saya dapat melanjutkan pembelajaran saya. Harap sekolah tidak menghalang.

Friday, January 16, 2009

New Year, New Me

Sudah agak lama saya tidak kemas kinikan blog saya. Maklumlah, terlalu sibuk dengan banyak perkara.

1) Sarah dan Aufa
Hai, nampaknya putera dan puteri saya sudah membesar. Mereka sudah bersedia untuk ke sekolah. Sarah akan ke darjah 1 dan Aufa pula, nurseri. Buku, pakaian seragam dan segala keperluan persekolahan mereka telah saya dan isteri saya siapkan siang-siang lagi. Mereka ghairah untuk ke sekolah.

Ternyata semangat untuk belajar mereka amat tinggi. Malah sampai pukul 12 malam pun masih hendak belajar!

2) Sekolah baru
Saya bersama guru-guru P1 serta Ust Mustaqim dan Ust Dzarif telah ditugaskan untuk menghiaskan kelas P1. 6 buah kelas perlu kami hiaskan. Masa yang kami ada cuma sekitar 2 1/2 minggu! Kami bertungkus-lumus menyiapkan kelas-kelas tersebut. Malah ada suatu hari, kami kerja hingga jam 2 pagi! Selepas itu, saya dan Ust Mus kuyu di kelas Diploma kami!
Sebenarnya, pada minggu kedua, menteri akan datang menziarahi sekolah. Kemudian, kami juga bakal dikunjungi pengetua-pengetua sekolah dari Indonesia. Tetapi, yang paling penting sekali, sekolah ingin menjadikan hari pertama pelajar-pelajar darjah satu penuh bermakna. Alhamdulillah. Rasanya semua berjaya.

3) Cuti sekolah
Cuti kali ini paling singkat sebab masa bercuti sibuk dihabiskan dengan berpindah dan kelas diploma. Walaupun begitu, kami sempat ke Holiday Inn di Batam. Tempatnya menarik. Paling saya suka, berenanglah! Pagi sampai tengahari kami berenang! Waktu pergi, kami menaiki feri. Masanya agak lama. Si Aufa dan Sarah begitu gelisah. Waktu balik, saya kurang sihat. Bot pula dipukul ombak. Saya siapkan beg plastik takut budak-budak muntah. Akhirnya saya yang termuntah-muntah. Yang paling kelakar, setelah mendarat di Singapura, saya cari tong sampah untuk membuang beg tadi, tetapi gagal. Jadi plastik yang tadi itu terpaksa melalui kastam dan diskan sekali dengan beg-beg yang lain sebelum dibuang.
Selepas pulang dari Batam, kami ke rumah Mama dan Papa di Johor. Kebetulan Jusco Bukit Indah pun baru dibuka. Apa lagi, kami pun pergi ke sana pagi-pagi lagi. kami makan di Kenny Rogers. Kemudian kami beli-belah di sana. Nasib kami ke sana siang. Sewaktu kami pulang, tempat letak kereta sesak sekali. Tempat khas bagi orang-orang cacat pun digunakan untuk meletak kereta! Dahsyat! Walaupun begitu, saya mungkin tersilap. Orang-orang yang meletakkan kereta mereka di lot tadi, walaupun kelihatan sempurna badan, mungkin kecacatan otak....