Friday, December 5, 2008

Bye-bye sekolah lama

Sekolah lama telah ditinggalkan ... memang sekolah itu penuh dengan memori. Kata orang, Irsyad sekolah yang dibina masyarakat ... sekolah lama juga begitu. Banyak memori tentang sekolah lama ... antaranya :

1) Bina eco-garden dengan tangan sendiri - semangat gotong-royong antara guru dan pelajar membina sebuah taman eko di belakang sekolah. Nampak mustahil tetapi menjadi. Waktu itu saya, Mr Aziz, Mr Muneer, Mr Saruashikin dan Cikgu Eznillah serta beberapa guru dan murid menggila membuat taman eko. Akhirnya jadi sebelum karnival sekolah, tak silap saya. Ramai yang tertarik. Malah ada seorang waris memberitahu kami bahawa anaknya memilih Irsyad kerana tertarik dengan taman tersebut. Namun .. selepas beberapa tahun, taman itu dihapuskan. Sayang ... sumber ilmu ...

2) Pokok bambu depan pejabat - pokok bambu itu saya dan Mr Aziz seludup naik NEL kemudian MRT. Kami beli dari sebuah nurseri di St George. Berat dan tinggi pokok itu. Bila sampai ke Newton, hujan lebat ... tetapi tetap sampai ...

3) Pintu pagar belakang kantin B - itulah tempat saya masuk ke sekolah buat pertama kali. Hari tersebut saya datang untuk ditemuduga. Pemandu teksi tidak jumpa sekolah. Saya terpaksa jalan kaki. Sampai ke belakang sekolah, terpaksa masuk melalui pintu yang ditutupi kereta sorong tong sampah. Siap dengan lengan panjang dan tali leher, saya terpaksa tolak kereta-kereta itu untuk melangkah masuk.

4) Bilik guru - pertama kali saya ke bilik guru, saya berkongsi meja dengan 3 guru lain. Masya Allah. Sempit. Nasib baik tidak lama kemudian kami berpindah ... makmal komputer ... bilik guru blok A kemudian B. Banyak kali berpindah!

5) Padang bola - tak payah sebut. Padang bola mengawal tekanan darah saya yang semakin meningkat. Malah jika tertekan, di padanglah tempat melepaskan geram. Hehehehehhe

6) Perpustakaan - saya ditugaskan untuk menghiaskan perpustakaan. Bajetnya sedikit sahaja ... saya pun cat. Cat dan cat. Masa yang saya ambil untuk kerjakan perpustakaan hampir sebulan. Datang pagi, balik malam. Waktu itu saya rasa macam Leornado Da Vinci. Saya cat perlahan-lahan dengan penuh ketenangan. Waktu itu Mr Rosnizam pun mengecat sama. Alhamdulillah, jadi juga. Tapi yang paling kelakar, ada yang mengatakan kurang Islami. Terima kasih atas komplimen anda. Namun, saya pelajari sesuatu tentang diri saya ... jika saya mahu, dan saya suka melakukan perkara tersebut, saya boleh. Pengalaman ini macam larian jauh. Setiap langkah macam hendak berhenti berlari. Semakin saya bertahan, semakin teguh keyakinan saya.

7) Banyak rakan Irsyad yang ditemui ... Ustaz Fatris, Ustaz Yaakop, Mdm Nora, Mr Gulam, Ust Hassan, Ust Shaaban, Ust Taher ... dan ramai lagi ...

Terima kasih sekolah lama ...

Dip Ed

Salam ... dah lama tidak update blog ...

Kursus DIP ED sudah selesai tempoh hari .... dua kursus diadakan sewaktu percutian sekolah ... pagi sampai petang. Shiok rasanya ... satu kursus di NIE bimbingan Cikgu Aidil Subhan dan satu lagi di One North bimbingan Dr Sher Banu. Dua-dua kursus seronok. Pelbagai strategi dipelajari. Insya Allah tahun depan, saya akan cuba. Cuma harap-harap situasi mengizinkan. Dilema saya ialah macam-macam kaedah yang saya hendak cuba ... tetapi hambatan ... perlu habiskan syllabus. Haizzz....