Friday, December 5, 2008

Bye-bye sekolah lama

Sekolah lama telah ditinggalkan ... memang sekolah itu penuh dengan memori. Kata orang, Irsyad sekolah yang dibina masyarakat ... sekolah lama juga begitu. Banyak memori tentang sekolah lama ... antaranya :

1) Bina eco-garden dengan tangan sendiri - semangat gotong-royong antara guru dan pelajar membina sebuah taman eko di belakang sekolah. Nampak mustahil tetapi menjadi. Waktu itu saya, Mr Aziz, Mr Muneer, Mr Saruashikin dan Cikgu Eznillah serta beberapa guru dan murid menggila membuat taman eko. Akhirnya jadi sebelum karnival sekolah, tak silap saya. Ramai yang tertarik. Malah ada seorang waris memberitahu kami bahawa anaknya memilih Irsyad kerana tertarik dengan taman tersebut. Namun .. selepas beberapa tahun, taman itu dihapuskan. Sayang ... sumber ilmu ...

2) Pokok bambu depan pejabat - pokok bambu itu saya dan Mr Aziz seludup naik NEL kemudian MRT. Kami beli dari sebuah nurseri di St George. Berat dan tinggi pokok itu. Bila sampai ke Newton, hujan lebat ... tetapi tetap sampai ...

3) Pintu pagar belakang kantin B - itulah tempat saya masuk ke sekolah buat pertama kali. Hari tersebut saya datang untuk ditemuduga. Pemandu teksi tidak jumpa sekolah. Saya terpaksa jalan kaki. Sampai ke belakang sekolah, terpaksa masuk melalui pintu yang ditutupi kereta sorong tong sampah. Siap dengan lengan panjang dan tali leher, saya terpaksa tolak kereta-kereta itu untuk melangkah masuk.

4) Bilik guru - pertama kali saya ke bilik guru, saya berkongsi meja dengan 3 guru lain. Masya Allah. Sempit. Nasib baik tidak lama kemudian kami berpindah ... makmal komputer ... bilik guru blok A kemudian B. Banyak kali berpindah!

5) Padang bola - tak payah sebut. Padang bola mengawal tekanan darah saya yang semakin meningkat. Malah jika tertekan, di padanglah tempat melepaskan geram. Hehehehehhe

6) Perpustakaan - saya ditugaskan untuk menghiaskan perpustakaan. Bajetnya sedikit sahaja ... saya pun cat. Cat dan cat. Masa yang saya ambil untuk kerjakan perpustakaan hampir sebulan. Datang pagi, balik malam. Waktu itu saya rasa macam Leornado Da Vinci. Saya cat perlahan-lahan dengan penuh ketenangan. Waktu itu Mr Rosnizam pun mengecat sama. Alhamdulillah, jadi juga. Tapi yang paling kelakar, ada yang mengatakan kurang Islami. Terima kasih atas komplimen anda. Namun, saya pelajari sesuatu tentang diri saya ... jika saya mahu, dan saya suka melakukan perkara tersebut, saya boleh. Pengalaman ini macam larian jauh. Setiap langkah macam hendak berhenti berlari. Semakin saya bertahan, semakin teguh keyakinan saya.

7) Banyak rakan Irsyad yang ditemui ... Ustaz Fatris, Ustaz Yaakop, Mdm Nora, Mr Gulam, Ust Hassan, Ust Shaaban, Ust Taher ... dan ramai lagi ...

Terima kasih sekolah lama ...

Dip Ed

Salam ... dah lama tidak update blog ...

Kursus DIP ED sudah selesai tempoh hari .... dua kursus diadakan sewaktu percutian sekolah ... pagi sampai petang. Shiok rasanya ... satu kursus di NIE bimbingan Cikgu Aidil Subhan dan satu lagi di One North bimbingan Dr Sher Banu. Dua-dua kursus seronok. Pelbagai strategi dipelajari. Insya Allah tahun depan, saya akan cuba. Cuma harap-harap situasi mengizinkan. Dilema saya ialah macam-macam kaedah yang saya hendak cuba ... tetapi hambatan ... perlu habiskan syllabus. Haizzz....

Sunday, November 2, 2008

Multi-tasking and overheating

Ya Allah ... badan rasa macam nak sakit. Dah berbulan rasanya tak sakit, tetapi kali ini rasanya macam nak sakit.

Penggal 4 memang paling mencabar. Ujian 4, kemudian Prelims STE, ulangkaji sebelum peperiksaan, kertas soalan akhir tahun, semak, entah apa lagi yang perlu dibuat saya sampai tak ingat. Walaupun demikian, saya rasa saya sudah ada sistem 'auto mode' ... buat perkara tanpa emosi ... buat, buat, salah, senyum buat semula ... kena marah, senyum buat semula ... habis, senyum buat yang lain. Otak betul-betul dirangsang kadangkala sampai tengah malam terbangun dan terfikir tentang perkara-perkara yang perlu diselesaikan.

Sarah sudah mula sembuh. Aufa tidak menjangkit pula penyakit campak kakaknya, walaupun mereka bermain setiap hari bersama.

Sebelum peperiksaan, saya telah mendapat berita diberi tugasan yang amat berat ... tak sangka saya diberi tanggungjawab untuk melaksanakannya. Terima kasih bagi mereka yang mempercayai. Sekarang sambil menyemak, saya kumpulkan idea untuk projek saya yang seterusnya...

Bukan itu sahaja projek yang saya sudah rancangkan ... itu projek sekolah. Saya dalam proses untuk memulakan sebuah projek menghias rumah saya ...

Cakap fasal projek, teringat pelajar ... kata mereka, kertas BM mudah ... saya harap, semaknya pun mudah ... tetapi kertas Geografi susah ...

Saya doakan semua lulus dengan cemerlang .... doakan saya juga lulus dengan cemerlang dalam apa yang saya usahakan.

Sunday, October 12, 2008

Sarah kena Campak!

Sarah diserang demam campak! Sebenarnya pada hari Jumaat yang ada persembahan itu, Sarah sakit. Jadi dia telah dibawa ke doktor oleh ibunya. Doktor kata dia terkena campak. Kasihan Sarah. Dia tengah sibuk membuat persiapan bagi Graduation ceremony. Dia akan menari tarian zapin, lagu Dondang Dendang, nyanyian Siti Nurhaliza dan Noraniza Idris. Doktor memberinya 14 hari mc.

Disebabkan demam campak ini mudah menjangkit - melalui udara jika bersin atau batuk atau melalui cecair yang keluar daripada bintat-bintat pada badan - maka ramai saudara-mara telah kami nasihati agar tidak datang ke rumah. Saya juga terpaksa memberitahu para pelajar yang hendak datang berkunjung. Takut-takut mereka terjangkit virus tersebut. Maklumlah, peperiksaan akan bermula minggu hadapan. Ibu dan Aufa juga belum pernah terkena campak. Jadi saya yang terpaksa melayan Si darling manja yang sakit. Moga Sarah cepat sembuh.

Hari Raya, Children's Day and Graduation Ceremony

Ujian, ujian dan lebih banyak ujian ...

Tertekan betul rasanya. Mana tidak, ujian bagi test 4 baru berlalu dan ramai pelajar tidak hadir ketika ujian perlu diadakan. Saya kali ini tidak kuasa kejar-kejar pelajar untuk mengambil ujian. Jadi saya letakkan markah kosong sahaja bagi mereka yang tidak berusaha untuk menduduki ujian tersebut. Sayang sungguh para pelajar yang ambil ringan pendidikan mereka. Saya sedikit hari sudah memberitahu menengah 3 Iman dan Itqan tentang pentingnya sikap positif. Malangnya ada ramai pelajar yang masih sambil lewa.

Persembahan bagi sambutan hari raya, hari kanak-kanak dan hari terakhir menegah 5 telah diadakan pada Jumaat lalu. Secara keseluruhan memang cemerlang persembahan para guru. Kami adakan sketsa diselang-selikan dengan lagu Suara Takbir (P Ramlee), Suasana Hari Raya (Anuar & Elina), Suatu Hari Di Hari Raya (M Nasir), Salam Perpisahan (Brothers) dan Senandung Hidup (J Mizan). Sayangnya latihan hanya bermula pada hari Selasa. Daftar lagu telah ditetapkan hanya pada hari Rabu.Hari Khamis kami masih mengambil anggota baru. Ramai yang terkejut melihat saya main conga. Sebenarnya di PraU dahulu, saya pernah main rebana dalam kumpulan dikir barat. Jadi kaedah asas main percussions ada. Cuma saya ke youtube untuk mempelajari cara memainkan conga. Sehari dua, sudah boleh. Alhamdulillah. Terima kasih para guru! Tidak lupa para pelajar yang memberi peluang. Ada yang minta persembahan sekali lagi. Insya Allah, pada masa hadapan : p

Petang pula ada majlis menengah 5 bersama guru. Pada mulanya, Cikgu Zul minta bantuan untuk menghiaskan musolla. Setelah berbincang pada hari sebelumnya, berbekalkan bajet $100, saya mula melakarkan apa yang hendak dilakukan. Saya hanya sempat beli reben pada hari Khamis tersebut, sebelum pulang ke sekolah untuk mengadakan latihan bagi sambutan esok.

Tiba hari Jumaat, setelah persembahan, saya dan Cikgu Zul pun ke Bedok untuk mengambil kuih-muih yang telah ditempah bagi majlis petang nanti. Rancangannya selepas itu, kami hendak ke Mustafa untuk membeli barang-barang bagi majlis petang. Sayangnya, saya telah berjanji dengan menengah 4 Iman untuk mengadakan sambutan hari Raya kecil-kecil. Semua pelajar telah membawa kuih. Disebabkan tidak sampai hati, kami pun terus memecut pulang ke sekolah dari Bedok. Sampai sahaja, saya pun lari ke kelas. Rupanya semua pelajar sudah menunggu. Kasihan mereka. Kami pun adakan sambutan. Kemudian, datang pelajar 3 Iman. Kami pun menjemput mereka sama. Apa lagi. Kecoh kelas! Sekejap lagi, pelajar 4 Ihsan beri pizza. Terima kasih banyak! Sebelum sempat baca doa makan, pizza dah tinggal kotak. Saya pesan agar semua pelajar berkongsi. Nampaknya semua pelajar dapat menjamah makanan. Pada akhir waktu, saya terus pecut ke bilik guru.

Saya mula hiaskan musolla dengan reben dan ketupat-ketupat yang telah dianyam oleh para pelajar. Saya hanya menggunakan sekitar $20 sahaja! Tapi saya pastikan saya buat yang terbaik. Saya ingat perbincangan dengan Cikgu Zul. Kami bersetuju langkah untuk mengadakan jamuan bagi menengah 5 amat berbaloi. Banyak yang mereka sudah curahkan pada sekolah. Kami berdua pula tidak mahukan majlis ala kadar. Maklumlah, sikap memberi yang terbaik itu hendak kami paparkan. Kami mahu pelajar sedar pentingnya memberikan yang terbaik. Jika guru sanggup, mengapa tidak mereka. Semoga para pelajar menengah 5 semua akan berjaya dalam hidup dan menjadi orang yang beriman. Amin.

Petang itu, setelah jamuan, saya pun kemas-kemas kemudian ada sesi petik gambar bersama guru-guru yang buat persembahan nasyid. Masya Allah. Gambar-gambarnya sungguh kelakar. Terima kasih kawan-kawan kerana membuat hari Jumaat itu penuh memori.

Thursday, October 2, 2008

Aidilfitri


Kali ini persiapan sederhana. Saya lebih mementingkan penjimatan berbanding perbelanjaan. Maklumlah, kegawatan ekonomi! Hujung tahun juga, Aufa dan Sarah akan bersedia untuk ke sekolah baru masing-masing. Jadi eloklah jika wang dilaburkan dalam pendidikan mereka.

Satu nasihat yang penting ketika bulan Ramadan ialah untuk menjadikan ibadah dan amalan dalam bulan ramadan ke bulan-bulan yang seterusnya. Insya Allah, akan saya cuba yang termampu!

Tahun ini kami sekeluarga berbaju biru cair. Aufa paling siang siap! Sarah pun menyusul. Selepas solat, kami sekeluarga bermaafan. Kemudian kami ke rumah nenek dan uncle di TB. Selepas itu ke rumah Mama dan akhir sekali ke rumah Cik Nani.

Paling menarik - mestilah dapat jumpa sanak saudara
Paling teruk - makan 4 kali ... rabak perut!

Teachers' Day - In pictures









Posted by Picasa

Friday, September 19, 2008

Retrospective : Teachers' Day

Sambutan Hari Guru yang telah dianjur PSG sekolah telah diadakan di CSC Bt Batok. Makanannya, masya Allah. Lazat sungguh. Kami semua membaham tak peduli dunia. Saya memang tidak boleh makan daging, tetapi apakan daya, dah terhidang rezeki!

Kumpulan saya juga telah memenangi peraduan menyanyi dengan kombinasi lagu 'Keagungan Tuhan' dan 'Oi oi ya oi' dari filem Ali Baba. Entah macam mana dapat ilham tersebut!!! Memang hari itu meriah dan penuh bermakna!

Tahun ini sambutan hari guru di sekolah agak meriah. Cuma sekolah tidak membenarkan pelajar membawa radio atau kamera. Persembahan hari guru agak menarik, cuma setengah jalan hujan!!! Jadi persembahan perlu ditangguh sebelum diselesaikan di dalam musollah.

Saya rasa persembahan boleh diperhalusi kerana ada beberapa persembahan yang agak sama (lakonan) dan masanya pula seperti tiada had. Dahulu di sekolah saya, ada guru yang akan "pull the plug" jika pelajar meleret di atas pentas. Namun yang penting, persembahan kami dipantau guru dari mula hingga akhir. Mungkin disebabkan perasaan ihsan, maka pelajar diberi sedikit kelonggaran.

Setiba di S4I, ada perembahan ringkas diikuti dengan sesi makan bersama. Macam-macam makanan telah dihidangkan! Perut macam nak meletup makan. Bukan itu sahaja, kelas-kelas yang lain juga telah memberi saya makanan. Saya agak terkilan kerana tidak dapat ke beberapa kelas yang telah menjemput saya. Mungkin sebab guru-guru telah diberikan masa untuk bersama kelas mereka sahaja. Ini juga boleh dibaiki kerana kasihan para pelajar dan juga guru-guru yang bukan FT.

Lepas sekolah, datang bekas pelajar-pelajar Irsyad. Kecoh sekolah. Ramai sungguh.

Saya sempat petik beberapa gambar sebagai memori.

Thursday, September 18, 2008

Blog Reminder

Selasa lalu, saya dan pelajar kelas Geografi saya telah bertukar-tukar alamat blog. Jadi, tiap-tiap hari ada saja pelajar yang ingatkan saya agar mengemaskinikan blog saya. Ish ish ish. Sistem peringatan ini betul-betul canggih!

Thursday, September 11, 2008

Khamis ....

Hari ini memang penat sekali.... tetapi apakan daya ... terpaksalah lawan kepenatan tu. Kalaulah saya masuk kelas mengantuk, sudah pasti pelajar tidak bersemangat. Jadi ...

Tadi di kelas kita buat karangan ... karangan kali ini perlu kerjasama rakan-rakan. Yang bagusnya, para pelajar bersemangat untuk buat. Sebab saya perlukan mereka banyak bergerak jadi mereka tidak terlalu mengantuk.

Saya rampas telefon bimbit seorang pelajar dan rubik cube seorang lagi. Pucat sekejap muka mereka. Saya kemudian telah menasihati mereka lalu memulangkannya. Memanglah pelajar sebegitu ... perlu dinasihati setiap hari ... kadang-kala pelajar yang sama boleh dinasihati berkali-kali ... yang penting saya tidak jemu ... kalau jemu ... mulalah tumbuh tanduk mereka semula!

Tuesday, September 9, 2008

Weird Monday ....

Yesterday I had a weird dream ... I went to Egypt and met my late granfather. He was well .... ahhhh .... nostalgic!!! But after that I went sight-seeing in Egypt. I saw the beautiful pyramids ... and the Sphinx ... but next to the Sphinx was a sculpture of a weird creature ... The body was of a bird and the head was of ... GURU TUGGINMYPUDDA!!! Wth!!! After that I saw some sculptures of the Pharoahs and again Guru Tugginmypudda ...

I woke up for sahur a bit lost ... trying to figure out what kind of dream it was ... of course, at first I didn't manage to identify who's head was on the chicken's body ... until I woke up that it ... That being said, it was a nice dream ... and sooo ... sooo ... real!

I could link my dreams to what happened in the real world. Last Fri, I prayed at Pusara Aman mosque and remembered my late grandfather. I deleted a video on Egypt on my laptop ... and I was joking about how Guru Tugginmypudda pronounced "Dee-pack" and "Maurice" to my wife ....









Guru Tugginmypudda!!!

Saturday, September 6, 2008

Last Day IT Course

Hari ini hari terakhir kelas IT di NIE. Rasanya masa terlalu singkat kerana banyak perkara yang ingin dipelajari. Menarik juga belajar di NIE. Suasana lain, tempatnya luas.

Cikgu Mazlan - hai, beliau ni memang pakar dalam IT. Macam-macam perkara yang telah beliau ajarkan. Sampai penuh otak. Insya Allah saya akan aplikasikan di sekolah. Terima kasih daun keladi, kalau ada peluang, gerenti saya datang lagi!

Friday, September 5, 2008

Powerpoint

Semalam, saya belajar tentang powerpoint. Saya dapat pelajari fungsi rakam narration. Satu perkara yang baru! Malah, idea meluap-luap apabila dapat gunakan powerpoint. Alangkah baiknya jika sekolah dapat memberi guru masa untuk melakukan sumber seperti ppt???

Wednesday, September 3, 2008

Cikgu gamer...

Hari ini kita pergi ke MXL Studio di NIE ... di sana, mereka cuba mengintegrasikan pendidikan dalam permainan video ... nampaknya ramai guru yang berminat!!

Teknologi permainan video boleh digunakan dalam kelas, tetapi guru perlulah menyedarkan pelajar tentang perkara yang dipelajari kerana kerap kali proses pelajaran yang dialami ialah proses pembelajaran refleksif (tidak sedar).
Permainan WII pula menarik kerana menggunakan banyak pergerakan. Ini boleh digunakan untuk membantu pelajar yang tergolong dalam kumpulan 'sihat' untuk terlibat dalam aktiviti motor yang akan membantu mereka mengurangkan berat badan.

Yang paling penting, sekolah baru Irsyad haruslah mempunyai sebuah lounge yang serupa dengan Studio Mxl kerana interaksi dan penglibatan guru dalam aktiviti tadi sudah tentu dapat mengurangkan STRESS!!! Malah daya konsentrasi guru nampaknya meningkat!!! Moga-moga doa saya terkabul ... AMIN!

















Ustazah-ustazah ini bermain permainan tennis dan bowling WII. Mereka bolot terus sampai guru lelaki tak ada 'chance' nak main!!! Tak peduli mereka!!! (Ustazah Hadijah tengah beri 'coaching'!)
















Ustaz Idham, Ustaz Abu Bakar dan Ustaz Bohari selalu duduk sebagai anggota panel. Kali ini duduk depan LCD Panel! Permainan lumba kereta ... tetapi arahnya terbalik!















Akhirnya Ustaz Abu Bakar menunjukkan kebolehannya memandu ala 'Schumacher'. Di sebelah Ustaz Mustafa menanti giliran!

Hari-hari cikgu pergi sekolah ...

Dari hari Selasa hingga Sabtu, saya akan ke NTU NIE untuk kursus IT. Habislah peluang untuk bercuti! Tambah pula bulan Ramadhan, longlai terus badan rasanya. Berikut ialah gambar-gambar yang telah dipetik ketika di kelas. Guru-guru semua semangat untuk belajar!!!



































NIE Dip - Kursus IT

Hari ini hari kedua kursus IT. Semalam, saya telah berjaya mempelajar tentang google sebagai satu wadah pembelajaran. Cikgu saya, Mr Mazlan Hasan telah mengajar kami pelbagai kaedah pembelajaran yang menarik dengan menggunakan google.

Mungkin kaedah pembelajaran ini dapat dilakukan di sekolah baru kerana buat masa ini, ramai pelajar di sekolah tidak mempunyai 'access' untuk melayari internet. Mungkinkah sekolah Irsyad baru akan ada kemudahan-kemudahan yang canggih? Saya pun tidak tahu tetapi sudah pasti dengan gembar-gemburnya Irsyad sebagai sebahagian daripada Islamic Hub, maka harapan pun semakin menggunung. Takut-takut anti klimaks sahaja!

Selamat Datang

Selamat datang ke blog saya. Tempat ini akan menjadi wadah luahan hati saya.