Sunday, October 12, 2008

Sarah kena Campak!

Sarah diserang demam campak! Sebenarnya pada hari Jumaat yang ada persembahan itu, Sarah sakit. Jadi dia telah dibawa ke doktor oleh ibunya. Doktor kata dia terkena campak. Kasihan Sarah. Dia tengah sibuk membuat persiapan bagi Graduation ceremony. Dia akan menari tarian zapin, lagu Dondang Dendang, nyanyian Siti Nurhaliza dan Noraniza Idris. Doktor memberinya 14 hari mc.

Disebabkan demam campak ini mudah menjangkit - melalui udara jika bersin atau batuk atau melalui cecair yang keluar daripada bintat-bintat pada badan - maka ramai saudara-mara telah kami nasihati agar tidak datang ke rumah. Saya juga terpaksa memberitahu para pelajar yang hendak datang berkunjung. Takut-takut mereka terjangkit virus tersebut. Maklumlah, peperiksaan akan bermula minggu hadapan. Ibu dan Aufa juga belum pernah terkena campak. Jadi saya yang terpaksa melayan Si darling manja yang sakit. Moga Sarah cepat sembuh.

Hari Raya, Children's Day and Graduation Ceremony

Ujian, ujian dan lebih banyak ujian ...

Tertekan betul rasanya. Mana tidak, ujian bagi test 4 baru berlalu dan ramai pelajar tidak hadir ketika ujian perlu diadakan. Saya kali ini tidak kuasa kejar-kejar pelajar untuk mengambil ujian. Jadi saya letakkan markah kosong sahaja bagi mereka yang tidak berusaha untuk menduduki ujian tersebut. Sayang sungguh para pelajar yang ambil ringan pendidikan mereka. Saya sedikit hari sudah memberitahu menengah 3 Iman dan Itqan tentang pentingnya sikap positif. Malangnya ada ramai pelajar yang masih sambil lewa.

Persembahan bagi sambutan hari raya, hari kanak-kanak dan hari terakhir menegah 5 telah diadakan pada Jumaat lalu. Secara keseluruhan memang cemerlang persembahan para guru. Kami adakan sketsa diselang-selikan dengan lagu Suara Takbir (P Ramlee), Suasana Hari Raya (Anuar & Elina), Suatu Hari Di Hari Raya (M Nasir), Salam Perpisahan (Brothers) dan Senandung Hidup (J Mizan). Sayangnya latihan hanya bermula pada hari Selasa. Daftar lagu telah ditetapkan hanya pada hari Rabu.Hari Khamis kami masih mengambil anggota baru. Ramai yang terkejut melihat saya main conga. Sebenarnya di PraU dahulu, saya pernah main rebana dalam kumpulan dikir barat. Jadi kaedah asas main percussions ada. Cuma saya ke youtube untuk mempelajari cara memainkan conga. Sehari dua, sudah boleh. Alhamdulillah. Terima kasih para guru! Tidak lupa para pelajar yang memberi peluang. Ada yang minta persembahan sekali lagi. Insya Allah, pada masa hadapan : p

Petang pula ada majlis menengah 5 bersama guru. Pada mulanya, Cikgu Zul minta bantuan untuk menghiaskan musolla. Setelah berbincang pada hari sebelumnya, berbekalkan bajet $100, saya mula melakarkan apa yang hendak dilakukan. Saya hanya sempat beli reben pada hari Khamis tersebut, sebelum pulang ke sekolah untuk mengadakan latihan bagi sambutan esok.

Tiba hari Jumaat, setelah persembahan, saya dan Cikgu Zul pun ke Bedok untuk mengambil kuih-muih yang telah ditempah bagi majlis petang nanti. Rancangannya selepas itu, kami hendak ke Mustafa untuk membeli barang-barang bagi majlis petang. Sayangnya, saya telah berjanji dengan menengah 4 Iman untuk mengadakan sambutan hari Raya kecil-kecil. Semua pelajar telah membawa kuih. Disebabkan tidak sampai hati, kami pun terus memecut pulang ke sekolah dari Bedok. Sampai sahaja, saya pun lari ke kelas. Rupanya semua pelajar sudah menunggu. Kasihan mereka. Kami pun adakan sambutan. Kemudian, datang pelajar 3 Iman. Kami pun menjemput mereka sama. Apa lagi. Kecoh kelas! Sekejap lagi, pelajar 4 Ihsan beri pizza. Terima kasih banyak! Sebelum sempat baca doa makan, pizza dah tinggal kotak. Saya pesan agar semua pelajar berkongsi. Nampaknya semua pelajar dapat menjamah makanan. Pada akhir waktu, saya terus pecut ke bilik guru.

Saya mula hiaskan musolla dengan reben dan ketupat-ketupat yang telah dianyam oleh para pelajar. Saya hanya menggunakan sekitar $20 sahaja! Tapi saya pastikan saya buat yang terbaik. Saya ingat perbincangan dengan Cikgu Zul. Kami bersetuju langkah untuk mengadakan jamuan bagi menengah 5 amat berbaloi. Banyak yang mereka sudah curahkan pada sekolah. Kami berdua pula tidak mahukan majlis ala kadar. Maklumlah, sikap memberi yang terbaik itu hendak kami paparkan. Kami mahu pelajar sedar pentingnya memberikan yang terbaik. Jika guru sanggup, mengapa tidak mereka. Semoga para pelajar menengah 5 semua akan berjaya dalam hidup dan menjadi orang yang beriman. Amin.

Petang itu, setelah jamuan, saya pun kemas-kemas kemudian ada sesi petik gambar bersama guru-guru yang buat persembahan nasyid. Masya Allah. Gambar-gambarnya sungguh kelakar. Terima kasih kawan-kawan kerana membuat hari Jumaat itu penuh memori.

Thursday, October 2, 2008

Aidilfitri


Kali ini persiapan sederhana. Saya lebih mementingkan penjimatan berbanding perbelanjaan. Maklumlah, kegawatan ekonomi! Hujung tahun juga, Aufa dan Sarah akan bersedia untuk ke sekolah baru masing-masing. Jadi eloklah jika wang dilaburkan dalam pendidikan mereka.

Satu nasihat yang penting ketika bulan Ramadan ialah untuk menjadikan ibadah dan amalan dalam bulan ramadan ke bulan-bulan yang seterusnya. Insya Allah, akan saya cuba yang termampu!

Tahun ini kami sekeluarga berbaju biru cair. Aufa paling siang siap! Sarah pun menyusul. Selepas solat, kami sekeluarga bermaafan. Kemudian kami ke rumah nenek dan uncle di TB. Selepas itu ke rumah Mama dan akhir sekali ke rumah Cik Nani.

Paling menarik - mestilah dapat jumpa sanak saudara
Paling teruk - makan 4 kali ... rabak perut!

Teachers' Day - In pictures









Posted by Picasa