Sunday, October 12, 2008

Sarah kena Campak!

Sarah diserang demam campak! Sebenarnya pada hari Jumaat yang ada persembahan itu, Sarah sakit. Jadi dia telah dibawa ke doktor oleh ibunya. Doktor kata dia terkena campak. Kasihan Sarah. Dia tengah sibuk membuat persiapan bagi Graduation ceremony. Dia akan menari tarian zapin, lagu Dondang Dendang, nyanyian Siti Nurhaliza dan Noraniza Idris. Doktor memberinya 14 hari mc.

Disebabkan demam campak ini mudah menjangkit - melalui udara jika bersin atau batuk atau melalui cecair yang keluar daripada bintat-bintat pada badan - maka ramai saudara-mara telah kami nasihati agar tidak datang ke rumah. Saya juga terpaksa memberitahu para pelajar yang hendak datang berkunjung. Takut-takut mereka terjangkit virus tersebut. Maklumlah, peperiksaan akan bermula minggu hadapan. Ibu dan Aufa juga belum pernah terkena campak. Jadi saya yang terpaksa melayan Si darling manja yang sakit. Moga Sarah cepat sembuh.

No comments: