Wednesday, March 18, 2009

Cuti

Cuti sekolah bulan Mac memang amat saya nantikan. Berbeza dengan sekolah pemerintah, di madrasah, kami perlu datang kembali selama 2 hari. Hari Isnin dan Selasa saya telah ke sekolah. Sempat juga saya menyemak buku-buku dan latihan-latihan pelajar yang tertunggak. Saya juga rasa amat penat ... dari segi fisikal dan mental ... perlu berehat rasanya.

Hari Selasa pula saya mendapat tugasan untuk Open House P1. Hai ... sebenarnya saya berniat hendak melakukan assignment saya pada waktu percutian ini. Nampaknya terganggu sedikit rancangan saya.

Cuti ini seperti cuti-cuti yang lalu, saya akan ke rumah ayah dan ibu di Johor. Saya akan membersihkan dan menjaga kawasan rumah tersebut. Ayah telah amanahkan tugas itu kepada saya.

Semalam saya sempat ke Mustafa dengan Mr Muneer untuk membeli barang-barang first aid. Selepas itu, kami telah mengemas sick bay dan menyediakannya bagi pembukaan penggal 2. Maklumlah, ramai yang sakit dan tercedera.

Sarah sudah dapat keputusan CA1nya. Alhamdulillah, keputusannya amat memuaskan. Saya lihat dia betul-betul cenderung untuk mengulang kaji. Kami tidak paksa, cuma beri motivasi. Dia sendiri buat buku latihan sampai malam! Aufa pula suka membaca buku. Alhamdulillah. Saya tahu di peringkat primari, mudah untuk pelajar bermotivasi untuk belajar. Saya harap semangat ini akan terus bersama mereka hingga ke akhir hayat!

Kelas S3 Cordova sekarang nampak lebih positif. Sikap ramai pelajar lebih baik setelah sesi 'luahan hati' yang dilalukan beberapa minggu yang lalu. Cuma, ada segelintir pelajar yang masih nampak sukar berubah. Mereka masih bising di kelas dan mengganggu proses pembelajaran yang lain. Teringat kata-kata salah seorang guru saya ....

Katanya, "Kita boleh sedaya upaya mengajar dan memberi sokongan pada pelajar, tetapi sikap dan perangai mereka akan menentukan masa hadapan mereka. Jika semua orang jadi doktor, peguam dan guru, siapa yang nak buat kerja-kerja seperti pembersih dan operator di kilang?" Saya amat setuju dengan pandangan guru saya ini. Walaupun agak tajam kata-kata itu, tetapi ada kebenarannya. Bukan saya berniat pandang rendah terhadap tugas-tugas tadi. Saya paling marah jika pelajar diberi nasihat kemudian tidak mahu mendengarnya tetapi kembali menyesal beberapa tahun kemudian. Rasanya ramai pelajar hanya akan sedar setelah menempuhi pengalaman yang pahit.

Kepada bakal minah kilang dan pembersih kolong blok di kelas saya, saya harap kamu dapat berubah demi masa hadapan kamu...

No comments: