Sunday, March 8, 2009

Sickety Sick

Salam, sudah agak lama saya tidak kemas kinikan blog ini. Maklumlah, sekarang tugasan bagi kursus diploma bertubi-tubi ...
Tahun ini, saya kerap jatuh sakit. Puncanya mungkin ... a) ramai orang jatuh sakit lalu penyakit itu merebak b) tertekan akibat pekerjaan c) kurang rehat ... sekarang ini saya rasa seperti akan jatuh sakit lagi .... selesema .... ini sudah masuk kali ketiga!
Sarah dan Aufa kini sudah ke sekolah. Sarah pula banyak kerja rumah. Hampir setiap hari ada kerja rumah. Nasib baik dia ghairah hendak melakukannya. Cuma selalunya habis semua tugas sekitar jam 10-11 malam. Waktu bekerja saya pula tamat jam 4 petang. Selepas itu selalunya saya kerja tambahan dengan mengadakan tuisyen. Maklumlah, gaji guru madrasah teramat kecil... bukan saya tidak bersyukur ... namun, dengan keadaan ekonomi dan keperluan dalam konteks masyarakat Singapura, saya rasa tiada siapa yang berani berkongsi dengan masyarakat tangga gaji guru madrasah ... mengapa agaknya? Hmmmm....
Baru-baru ini, pelajar kelas saya, menengah 3 Cordova telah mengadakan persembahan Bahasa Arab. Nampaknya ok juga, walaupun ada yang agak malu. Petangnya pula, sewaktu contact time, saya bersama para pelajar kelas tersebut telah mengadakan satu sesi 'dari hati ke hati'... ternyata semua pelajar positif dan mahu menjadi insan yang lebih baik. Alhamdulillah. Insya Allah dengan doa dan kerjasama, kelas akan menjadi aman dan makmur! Amin!

No comments: