Monday, August 17, 2009

Boredom


Hari ini hari terakhir saya mc. Sejak Selasa lalu saya tidak ke sekolah. Setelah pergi ke klinik untuk berjumpa Dr sekali lagi, mc saya ditambah lagi 4 hari. Rupa-rupanya masalah saya ini agak serius. Dr kata demam dan selsema nampak sudah berkurangan tetapi paru-paru dan pernafasan saya kurang baik. Saya perlu rehat lagi kemudian makan ubat. Jika saya masih kurang sihat pada Selasa hadapan (iaitu esok!), saya akan dihantar x-ray! Hmmm.... nampaknya batuk saya masih belum hilang walaupun demam dan selsema sudah hampir sembuh. Cuma saya rasa amat lemah. Entah kerana antibiotik yang saya makan ataupun saya memang belum sembuh. Jadi persoalannya, hendak ke sekolah atau ke klinik?
Hmmmmm ..... kita tengok Selasa nanti.

1 comment:

Unknown said...

So Cikgu pergi klinik ke sekolah?? hahaha. Dah baik Cikgu? Rest well! Jangan stress2 jage budak perempuan tu semua. hahaha.