Thursday, August 13, 2009

Sakit...

Pada cuti panjang yang lalu, saya sekeluarga berura-ura untuk ke rumah ibu dan ayah di JB kemudian ke Taman Burung Jurong. Sayang sekali, saya telah jatuh sakit. Lemah seluruh badan terkena kombinasi demam, selsema dan batuk. Saya cuba rawat sendiri memandangkan klinik tidak dibuka tetapi pada hari Isnin, saya telah pergi ke klinik kerana tidak tahan. Sejak hari Sabtu saya terbaring di atas katil menggigil berpeluh sejuk ....
Setiba di klinik, ramai orang sudah beratur... jam menunjukkan pukul 10 pagi. Nombor saya, 22. Doktor pula belum tiba. Saya disuruh kembali ke klinik jam 1230 (waktu klinik itu tutup sepatutnya!)
Tunggu punya tunggu, akhirnya saya dirawat pada jam 1.30 petang. Haiz.... Doktor Martin kata saya perlu berehat di rumah dan beliau akan periksa simptom penyakit saya sekali lagi pada hari Jumaat. Saya rasa beliau takut ada kena-mengena dengan H1N1. Nampak gaya hari ini saya sudah semakin pulih, selsema adalah sedikit. Batuk masih belum hilang tetapi saya rasa amat sangat lemah. Lemahnya macam orang bangun tidur tapi tak cukup tidur, entah, susah hendak saya terangkan. Saya harap esok bila ke klinik, saya tiada apa2 supaya saya boleh ke sekolah seperti biasa. Maklumlah, CA2 sekarang ...

1 comment:

YANA♥ said...
This comment has been removed by the author.