Saturday, January 24, 2009

Dip Ed .... Iron Ladies!

Salam,

Kursus Dip Ed kali ini diajar oleh dua orang penceramah wanita yang tidak asing bagi saya. Satu Dr Roksana dan satu lagi Cikgu Saeda. Dr Roksana mengajar modul Teaching and Learning of Malay Language dan Cikgu Saeda pula mengajar bahagian Assessment.

Cikgu Saeda memang pakar dalam bidang Assessment. Soalan yang kami siapkan untuk dinilaikan, beliau 'cincang-cincang sampai hancur'. Mesti ada yang salah dalam proses membuat soalan. Dalam banyak-banyak kumpulan, cuma satu kumpulan yang selamat! Beliau begitu teliti sekali. Maklumlah, itu memang tugas beliau. Saya pula takut sebab kerap ditanya soalan berdasarkan Bahasa Melayu. Ust Mus kena jawab soalan bahasa Arab. Jawabnya kami berdua macam pelajar kegemaran beliau. Asyik kena tanya. Kami pula suka bergurau. Memang patut kena soal! Tapi ada juga hikmahnya. Saya mengulangkaji kembali bahan-bahan BM dengan lebih kerap supaya boleh jawab soalan-soalan yang bakal diberi.

Dr Roksana pula pakar dalam bidang sosiolinguistik. Saya memang minat dalam bidang tersebut (linguistik). Ketika di kelas, saya dapat memahami apa yang diajar Dr Roksana. Morfem, Fono Morfologi, diftong, vokal, konsonan ... memberikan saya pemahaman yang lebih dalam bidang BM. Tetapi kasihan juga rakan-rakan yang lain. Ramai yang tidak mengajar BM. Pening kepala mereka.
Perkataan kegemaran saya dan Ust Mus ialah Hiponim. Bunyinya macam Hippo! Sebenarnya Hiponim ialah perkataan yang dianggap lebih khusus, yang jatuh di bawah kelas nama yang umum. Contoh .... merah, kuning, hijau .... semua hiponim bagi warna! Jadi Hiponim = hijau kuning merah dll. Warna pula ialah Hipernim! Pening??? Saya pun sama!

Tugasan Dr Banu belum lagi saya habis.... tapi saya dapati semangat saya untuk membaca amat ketara sekarang berbanding sebelum ini. Saya muat turun dan membaca beberapa jurnal dan kertas kajian berkenaan 'field trip (darmawisata). Saya rasa saya mungkin seorang 'late bloomer'. Di sekolah saya tidak begitu cemerlang. Sekarang semua saya dapat fahami dengan lebih mudah. Entahlah .... tapi saya berharap selepas kursus dip ed ini saya dapat melanjutkan pembelajaran saya. Harap sekolah tidak menghalang.

No comments: