Friday, January 16, 2009

New Year, New Me

Sudah agak lama saya tidak kemas kinikan blog saya. Maklumlah, terlalu sibuk dengan banyak perkara.

1) Sarah dan Aufa
Hai, nampaknya putera dan puteri saya sudah membesar. Mereka sudah bersedia untuk ke sekolah. Sarah akan ke darjah 1 dan Aufa pula, nurseri. Buku, pakaian seragam dan segala keperluan persekolahan mereka telah saya dan isteri saya siapkan siang-siang lagi. Mereka ghairah untuk ke sekolah.

Ternyata semangat untuk belajar mereka amat tinggi. Malah sampai pukul 12 malam pun masih hendak belajar!

2) Sekolah baru
Saya bersama guru-guru P1 serta Ust Mustaqim dan Ust Dzarif telah ditugaskan untuk menghiaskan kelas P1. 6 buah kelas perlu kami hiaskan. Masa yang kami ada cuma sekitar 2 1/2 minggu! Kami bertungkus-lumus menyiapkan kelas-kelas tersebut. Malah ada suatu hari, kami kerja hingga jam 2 pagi! Selepas itu, saya dan Ust Mus kuyu di kelas Diploma kami!
Sebenarnya, pada minggu kedua, menteri akan datang menziarahi sekolah. Kemudian, kami juga bakal dikunjungi pengetua-pengetua sekolah dari Indonesia. Tetapi, yang paling penting sekali, sekolah ingin menjadikan hari pertama pelajar-pelajar darjah satu penuh bermakna. Alhamdulillah. Rasanya semua berjaya.

3) Cuti sekolah
Cuti kali ini paling singkat sebab masa bercuti sibuk dihabiskan dengan berpindah dan kelas diploma. Walaupun begitu, kami sempat ke Holiday Inn di Batam. Tempatnya menarik. Paling saya suka, berenanglah! Pagi sampai tengahari kami berenang! Waktu pergi, kami menaiki feri. Masanya agak lama. Si Aufa dan Sarah begitu gelisah. Waktu balik, saya kurang sihat. Bot pula dipukul ombak. Saya siapkan beg plastik takut budak-budak muntah. Akhirnya saya yang termuntah-muntah. Yang paling kelakar, setelah mendarat di Singapura, saya cari tong sampah untuk membuang beg tadi, tetapi gagal. Jadi plastik yang tadi itu terpaksa melalui kastam dan diskan sekali dengan beg-beg yang lain sebelum dibuang.
Selepas pulang dari Batam, kami ke rumah Mama dan Papa di Johor. Kebetulan Jusco Bukit Indah pun baru dibuka. Apa lagi, kami pun pergi ke sana pagi-pagi lagi. kami makan di Kenny Rogers. Kemudian kami beli-belah di sana. Nasib kami ke sana siang. Sewaktu kami pulang, tempat letak kereta sesak sekali. Tempat khas bagi orang-orang cacat pun digunakan untuk meletak kereta! Dahsyat! Walaupun begitu, saya mungkin tersilap. Orang-orang yang meletakkan kereta mereka di lot tadi, walaupun kelihatan sempurna badan, mungkin kecacatan otak....

No comments: