Tuesday, March 31, 2009
Gunung Berapi
Walaupun saya kelihatan sebagai orang yang tenang, sebenarnya saya seorang yang panas baran. Nampaknya serpihan daripada ledakan gunung berapi sudah terkena beberapa kelas! Habis mereka dimarahi saya.
Memang perkara yang saya pantang ialah sikap tidak berdisiplin. Ternyata, beberapa pelajar mula menunjukkan sikap biadab di kelas. Sayang seribu kali sayang ... sebab nila setitik, hangus susu sebelanga!
Kalau tidak mahu belajar, janganlah ganggu pelajar yang ingin menimba ilmu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
cikgu, bukankah cikgu dahulu mengajar saya 'sebab nila setitik rosak susu sebelanga'?
syllabus baru ye cikgu? hee
assalamualaikum..
cikgu,saya mewakili kelas s3 cordova ingin meminta maaf..kami minta maaf jika kami telah menyakiti cikgu secara sengaja atau tidak sengaja.kami akan cuba meningkatkan diri kami.berubah.insya Allah.sekali lagi,kami minta maaf.harapan kami,cikgu akan beri kami peluang yang kedua..terima kasih.
Salam, cikgu, saya mewakili kelas Men3Andalusia ingin minta maaf atas kekurangan disiplin kami dan beberapa lagi perkara-perkara yang kami telah lakukan atas sebab-sebab tertentu yang telah membuat cikgu marah. Pendek kata, Sorie eh cikgu....:]
CIKGU!!!!
saya nak mintak maaf atasa kesalahan atau kekurangan di dalam diri saya yang mungkin cikgu tersinggung.Saya pula mewakili kumpulan yang saya duduk bersama ingin meminta ampun dan maaf jika perbuatan kami cukup membuat cikgu marah.Stay cool Cikgu,Men 3 Andalusia sayang cikgu.hehe
-Ilyas-
Cikguuu, bila cikgu nak update lagi? Update lahh, Cordovians tunggu nih.. Hee.
Dah, sekejap aja marah... semua telahpun dimaafkan! Insya Allah, cikgu masih sayang ... ahahahhaha! & Bungasuci ... nampak cara nak cari fasal eh? Ahahahah! Ok, teruskan perjuangan. Marah, sedih, keringat, darah, semua sebahagian daripada perjuangan kita.
Post a Comment