Friday, September 19, 2008

Retrospective : Teachers' Day

Sambutan Hari Guru yang telah dianjur PSG sekolah telah diadakan di CSC Bt Batok. Makanannya, masya Allah. Lazat sungguh. Kami semua membaham tak peduli dunia. Saya memang tidak boleh makan daging, tetapi apakan daya, dah terhidang rezeki!

Kumpulan saya juga telah memenangi peraduan menyanyi dengan kombinasi lagu 'Keagungan Tuhan' dan 'Oi oi ya oi' dari filem Ali Baba. Entah macam mana dapat ilham tersebut!!! Memang hari itu meriah dan penuh bermakna!

Tahun ini sambutan hari guru di sekolah agak meriah. Cuma sekolah tidak membenarkan pelajar membawa radio atau kamera. Persembahan hari guru agak menarik, cuma setengah jalan hujan!!! Jadi persembahan perlu ditangguh sebelum diselesaikan di dalam musollah.

Saya rasa persembahan boleh diperhalusi kerana ada beberapa persembahan yang agak sama (lakonan) dan masanya pula seperti tiada had. Dahulu di sekolah saya, ada guru yang akan "pull the plug" jika pelajar meleret di atas pentas. Namun yang penting, persembahan kami dipantau guru dari mula hingga akhir. Mungkin disebabkan perasaan ihsan, maka pelajar diberi sedikit kelonggaran.

Setiba di S4I, ada perembahan ringkas diikuti dengan sesi makan bersama. Macam-macam makanan telah dihidangkan! Perut macam nak meletup makan. Bukan itu sahaja, kelas-kelas yang lain juga telah memberi saya makanan. Saya agak terkilan kerana tidak dapat ke beberapa kelas yang telah menjemput saya. Mungkin sebab guru-guru telah diberikan masa untuk bersama kelas mereka sahaja. Ini juga boleh dibaiki kerana kasihan para pelajar dan juga guru-guru yang bukan FT.

Lepas sekolah, datang bekas pelajar-pelajar Irsyad. Kecoh sekolah. Ramai sungguh.

Saya sempat petik beberapa gambar sebagai memori.

4 comments:

syera said...

cikgu, kalau senang, letaklah gmbr2 yg cikgu petik waktu Hari Guru tu.

Tiara Najwa said...

cikgu cikgu... cikgu tinggal blk brape????? haha! POST GAMBAR lah. lagi2 gamba yg cikgu pakai batik! 0O0OPS!!=DD

Iskandar Irsyad said...

Sebenarnya saya dak pos beberapa gambar, tetapi malangnya ada 'error'. Saya akan cuba cari jalan keluar. Eh, terima kasih. Kamu berdua orang pertama beri komen!!!

syera said...

SamaSama cikgu.
senang pergilah ke blog kami semua. haha.